ASAS ANUGERAH:
Anugerah Ikon Akademia Media Sosial ini dianugerahkan kepada ahli akademik yang banyak menghasilkan bahan ilmiah dalam media sosial untuk manfaat masyarakat. Bahan ilmiah yang dimaksudkan adalah bahan berkaitan pengajaran & pembelajaran dan disampaikan dalam laras penyampaian santai selari dengan peranan serta fungsi media sosial.
SYARAT PEMOHONAN:
- Terbuka kepada semua kakitangan akademik UPSI yang berjawatan tetap dan telah
berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. - Bebas daripada tindakan tatatertib.
- Mendapat perakuan Ketua Jabatan.
KRITERIA ANUGERAH:
- 1. Pemohon wajib memiliki akaun media sosial peribadi.
- Hanya akaun media sosial peribadi pemohon layak dinilai, akaun media sosial institusi TIDAK LAYAK menyertai anugerah ini.
- Pemohon aktif menggunakan media sosial sebagai medium sebaran bahan ilmiah yang berkesan (fokus kepada Facebook dan Youtube).
- Pemohon memiliki pengikut (followers/subscriber) sekurang-kurangnya 500 orang.
- Pemohon memuatnaik bahan ilmiah secara berkala sekurang-kurangnya dua (2) bahan
ilmiah dalam tempoh sebulan. - Kandungan (content) media sosial pemohon bermanfaat kepada masyarakat dan
tidak menyentuh sensitiviti agama, bangsa, keturunan dan isu semasa. - Kandungan (content) media sosial pemohon mendapat engagement daripada netizen.
- Kepelbagaian kreativiti pemohon mengolah kandungan (content) media sosial masing -masing adalah satu kelebihan.
PERATURAN:
Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.
- Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
- Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
- Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris