ANUGERAH AKADEMIA ANTARABANGSA
NILAI HADIAH: RM1,000.00

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini diberikan kepada staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi, pentadbiran dan gurusan, sumbangan dan pengiktirafan serta tanggungjawab sosial kepada universiti, masyarakat dan negara bagi tujuan agenda pengantarabangsaan.

KRITERIA PEMOHON:

Permohonan/pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli akademik UPSI dan bukan warganegara Malaysia.

Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.

PENERBITAN:

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu dan reputasi antarabangsa.

PERUNDINGAN DAN KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT:

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan pada ahli akademik yang komited dalam perundingan dan diiktiraf berdasarkan kepada hasil perundingan dan kerja-kerja khusus mereka. Para penerima anugerah telah menjalankan kerja-kerja usaha sama dengan menjalankan tugasan kontrak atau dengan menjalankan projek usaha sama dengan lain-lain industri atau sektor kerajaan dengan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UPSI yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif keterlibatan industri dan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar negara, peningkatan kebolehpasaran graduan, pembangunan penyelidikan dan inovasi, perolehan dana, serta peningkatan keupayaan sosioekonomi industri, pendidikan, kesihatan, persekitaran, teknologi dan lain-lain.

PENGKOMERSIALAN:

Anugerah ini merangkumi pengkomersialan produk dan perkhidmatan berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia atau luar negara serta telah dikomersialkan melalui syarikat berdaftar, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup dan taraf ekonomi rakyat, merakyatkan inovasi serta pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Keperibadian dan personaliti (rujuk borang LNPT)
  2. Menghasilkan inovasi pengajaran
  3. Penyeliaan tempatan dan luar negara (PhD/Master yang bergraduat)
  4. Penerbitan (Scopus, H-Index)
  5. Perundingan (Berbayar) (Dalam dan luar negara)
  6. Penyelidikan
  7. Penyelidikan : geran luar/geran dalam- Ketua
    • Amaun
    • Bilangan
  8. Pengkomersialan (Amaun) (Dalam dan luar negara)
  9. Sumbangan pada masyarakat dan komuniti

SYARAT:

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Mengemukakan satu (1) salinan yang mengandungi butir jaya diri (CV) terperinci dan bukti-bukti anugerah dan/atau pengiktirafan serta maklumat tambahan yang tidak dapat dikemukakan di dalam sistem permohonan.
  2. Anugerah boleh dibatalkan sekiranya bukti kriteria dipalsukan.
  3. Calon mestilah seorang yang mempunyai personaliti baik dari segi kelakuan, beradab dan bebas dari tindakan tatatertib mahupun isu-isu negatif terhadap peribadinya.
  4. Fakulti WAJIB membuat saringan terlebih dahulu dan menghantar 1 pencalonan yang terbaik sahaja.
  5. Bukti pemilihan di peringkat fakulti perlu disertakan.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)