ANUGERAH KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GRADUATE EMPLOYABILITY - GE)
Hadiah : RM 500


ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf kecemerlangan fakulti berdasarkan peratusan nilai kebolehpasaran graduan (graduate employability) dan inisiatif pelaksanaan aktiviti kebolehpasaran graduan. Nilai peratus kebolehpasaran graduan berdasarkan kepada laporan kebolehpasaran graduan daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala inisiatif pelaksanaan aktiviti kebolehpasaran graduan dinilai berdasarkan kualiti aktiviti yang dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

KRITERIA PEMOHON:

Semua fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) layak memohon.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Fakulti yang memperolehi nilai kebolehpasaran graduan (graduate employability) tertinggi bagi tahun 2019. Tarikh akhir data yang diambil kira adalah pada 23 November 2020.
  2. Kualiti inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkat kebolehpasaran graduan fakulti.

SYARAT:

Maklumat kebolehpasaran graduan diperolehi berdasarkan kepada laporan maklum balas Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) UPSI tahun semasa. Nilai peratus kebolehpasaran graduan merangkumi tahap pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Terma rujukan yang digunakan mengikut Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Kementerian Pengajian Tinggi iaitu bekerja, menunggu penempatan pekerjaan, melanjutkan pengajian dan mengikuti program peningkatan kemahiran (upskilling).

Penilaian terhadap inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan adalah berdasarkan laporan yang disediakan oleh fakulti. Maklumat yang akan dinilai adalah berkaitan bilangan inisiatif kebolehpasaran graduan yang dilaksanakan, bilangan industri yang dilibatkan dan bilangan penempatan graduan.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)