SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Geran Penyelidikan Kebangsaan

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penerimaan pembiayaan dana penyelidikan kebangsaan bagi satu projek penyelidikan

KRITERIA:

  1. Anugerah ini diberikan kepada Ketua Penyelidik yang berjaya menerima pembiayaan dana penyelidikan kebangsaan dengan nilai geran penyelidikan pada tahun yang dinilai
  2. Projek penyelidikan tersebut mestilah berdaftar dengan RMIC.
  3. Bilangan penerima untuk anugerah ini adalah tertakluk kepada peruntukan semasa.

NILAI HADIAH:

RM500 (sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan RMIC)

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC