ANUGERAH CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)
NILAI HADIAH: RM500

ASAS ANUGERAH:

  1. Penghakupayaan iaitu proses kesejahteraan komuniti dan peningkatan kualiti persekitaran, Kelestarian dan memperkasa amalan Inovasi melalui program CSR.
  2. Perubahan Amalan di mana program CSR ini akan membawa manfaat secara terus hasil  daripada amalan inovasi dan inisiatif yang dilaksanakan melalui peningkatan kualiti, pengurangan kos dan penambahan sumber pendapatan.
  3. Perubahan Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi (PSKA) di mana program CSR ini merupakan satu program tindakan di peringkat komuniti dalam usaha berterusan untuk membawa peningkatan dari aspek pengetahuan, sikap,  sokongan dan penglibatan iaitu usaha dan inisiatif pihak Komuniti membentuk kesedaran terhadap kepentingan tindakan komuniti dalam merangka jalinan hubungan strategik komuniti/organisasi terpilih.
  4. Pemindahan ilmu untuk komuniti/industri termasuklah masyarakat yang menggunakan program dalam menggerakkan sumber kepakaran dengan Universiti, bekerjasama dengan agensi-agensi lain dari Universiti dalam melaksanakan program, perubahan sikap positif dari segi pengetahuan, kemahiran, tingkah laku atau aspirasi.
  5. Selain itu pemindahan ilmu juga dapat berlaku menerusi pembiayaan program bersama di antara pihak Universiti/ Sektor Awam/ Sektor Swasta.
  6. Jalinan hubungan Komuniti secara positif terhadap institusi yang dinilai dan
    program tindakan komuniti. 
  7. Pelaksanaan Program CSR melibatkan Komuniti setempat.      
  8. Penglibatan dan usahasama Mahasiswa/Mahasiswi UPSI dalam Program CSR.
  9. Penilaian diteliti melalui Laporan penuh program CSR yang diterima dari calon.
    1.  

KRITERIA PEMOHON:

Permohonan dibuka kepada semua Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Penghakupayaan iaitu proses kesejahteraan komuniti dan peningkatan kualiti persekitaran, Kelestarian dan memperkasa amalan Inovasi melalui program CSR.
  2. Perubahan Amalan di mana program CSR ini akan membawa manfaat secara terus hasil daripada amalan inovasi dan inisiatif yang dilaksanakan melalui peningkatan kualiti, pengurangan kos dan penambahan sumber pendapatan.
  3. Perubahan Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi (PSKA) di mana program CSR ini merupakan satu program tindakan di peringkat komuniti dalam usaha berterusan untuk membawa peningkatan dari aspek pengetahuan, sikap, sokongan dan penglibatan iaitu usaha dan inisiatif pihak Komuniti membentuk kesedaran terhadap kepentingan tindakan komuniti dalam merangka jalinan hubungan strategik komuniti/organisasi terpilih.
  4. Pemindahan ilmu untuk komuniti/industri termasuklah masyarakat yang menggunakan program dalam menggerakkan sumber kepakaran dengan Universiti, bekerjasama dengan agensi-agensi lain dari Universiti dalam melaksanakan program, perubahan sikap positif dari segi pengetahuan, kemahiran, tingkah laku atau aspirasi. Selain itu pemindahan ilmu juga dapat berlaku menerusi pembiayaan program bersama di antara pihak Universiti/ Sektor Awam/ Sektor Swasta.
  5. Jalinan hubungan Komuniti secara positif terhadap institusi yang dinilai dan
    program tindakan komuniti.
  6. Perancangan dan perbelanjaan kewangan program CSR Komuniti.
  7. Pelaksanaan Program CSR melibatkan Komuniti setempat.
  8. Penglibatan dan usahasama Mahasiswa/Mahasiswi UPSI dalam Program CSR.
  9. Penilaian diteliti melalui Laporan penuh program CSR yang diterima dari calon.

SYARAT:

Pencalonan untuk kategori Anugerah CSR ini terbuka kepada kesemua kakitangan Akademik di peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5.00 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademik UPSI (A2U)